Assalamu'alaikum.
Entri kali ni hanya bercerita tentang pengalaman/pendapat Haris.
Alhamdulillah, diberi sentuhan sayang dari Allah S.W.T dengan kesakitan yang menyebabkan Haris terlantar di hospital. *Cewah terlantar macam teruk sangat jer* Walaupun hospital dah seperti rumah kedua Haris <--Kawan ambe yang cakap ni kali ni baru nak cerita dalam blog.
Waktu sakit merupakan waktu paling mudah untuk geng syaitan membisik kata-kata 'manis'. Sewaktu Haris dimasukkan ke dalam observation ward, syaitan dengan jayanya membisik kata-kata 'manis' tersebut sehinggakan Haris cair ketika mendengarnya. *Erkk*
Badan yang lemah dan dilemahkan lagi dengan iman yang lemah *nangis laju-laju* telah menyebabkan perkara ini berlaku. Rasa seperti ingin marah semua orang yang ada di sekeliling Masa tu ada nurse jer, kesian nurse dan berteriak seperti orang yang baru kehilangan smart phone. Rasa jer, tak buat pun sebab badan lemah. Cemana nak teriak kuat-kuat. Alhamdulillah.
Lebih teruk lagi apabila rasa seperti tak mahu hidup lagi. Beberapa puluh Mungkin ratus? kali Haris terdengar bisikan atau kata hati seperti
'Aku tak nak hidup lagi! Tolong, aku nak mati sekarang! Aku tak nak hidup lagi!'
Agak menyeksakan apabila akal masih boleh berfikir tetapi hati telah dikawal dengan kuasa jahat. Alhamdulillah, cubaan melawan kuasa jahat tersebut akhirnya berjaya dengan bernafas dengan betul dan buatlah apa yang patut dibuat.
Berapa lama? Kurang pasti. Haris tak pakai jam masa tu dan jam dalam observation ward seperti sedang menerima rawatan juga. 5:40 a.m tak berubah-ubah. Macam dah subuh, walhal waktu sebenar mungkin dalam 2-3 a.m.
Katil dalam observation ward agak banyak. Tetapi hanya diriku yang terbaring. Dengan penghawa dingin yang menyebabkan kesejukkan melampau, kedua-dua belah tangan sakit akibat dicucuk jarum, badan yang lemah bagaikan manusia yang duduk depan laptop selama 25 jam, Haris dengan cekalnya melihat dinding dan siling hospital. Dihiburkan pula dengan bunyi mesin denyutan nadi. Macam dah mengarut jer ni.
Alhamdulillah, setelah beberapa tak tahu minit atau jam ada seorang abang yang dijirankan dengan Haris. Beliau memberi salam dan memberi tahu bahawa beliau merupakan seorang muallaf. Perbualan Haris dengan beliau agak singkat. Haris hanya dapat tahu beliau sudah 3 tahun memeluk Islam dan berasal dari Kuala Lumpur. Selepas itu, Haris terus dipindahkan ke dalam wad lain. Semasa berbual dengan beliau, hati rasa sangat tenang dan mampu senyum. Beberapa kali 'alhamdulillah' disebut.
Itu sahaja kot yang Haris nak cerita. Maaf sekiranya ayat-ayat di dalam entri kali ini agak pelik kerana Haris tak mampu berfikir seperti biasa buat masa sekarang. Pening~
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
***
Nota-nota penting untuk entri ini.
- Sakit merupakan penghapus dosa. InsyaAllah.
- Pastikan iman mantap untuk menahan bisikan syaitan.
- Sentiasa sabar.
- Jagalah kesihatan anda.
- Jumpa orang baru, jangan lupa tanya nama. Haris tak sempat nak tanya nama abang tu.
- Maaf kerana entri kali ni seperti mengarut.
- Maaf juga dengan ayat-ayat yang tak tersusun rapi.
- Entri ini mengambil masa 3 hari untuk disiapkan akibat tak perlu bagitahu pun dah tahu kot.
- Jangan lupa share yer? Kekeke. Entri macam ni mana ada orang nak share.
2 comments
singgah sini dari entry blogger remaja blog HH :))
SELAMAT BERKENALAN, jemput singgah blog Syira ye ..dah berwajah baru :)
moga Allah berkati kamu. ameen. :')