01 February 2014

Selesa


Assalamu'alaikum.

Sedarkah kita bahawa kita sangat selesa sekarang ini?
Menarik dan menghembus nafas tanpa batasan.
Tiada yang menghalang. Belum selesakah?

Ya. Itu perkara biasa.
Bagaimana pula dengan pendakwah yang sentiasa selesa berada di medan dakwah ini?
Bagai tiada apa yang perlu dihiraukan lagi. 
Sedangkan ummah diluar sana sedang tenat.

Kita sangat selesa.
Bersama sahabat-sahabat sampai syurga.
Senyum riang ketawa.

Pernahkah kita bersama-sama dengan mereka yang masih di dunia rekaan sendiri?
Menyelami perasaan mereka. Menggali dasar hati mereka yang sebetulnya.
Atau kita hanya mengutuk, membenci, memandang mereka seperti ahli neraka?
Kita ahli syurgakah?

Cubalah. 
Dekati mereka. Lakukan dakwah yang sebenar.
Bukan hanya bergembira bersama sahabat yang sudah mampu.

Dakwah itu cinta, kasih sayang kepada semua.




Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.