15 January 2014

Terpaksa


Assalamu'alaikum.

Terpaksa.

Perkataan yang mudah disebut tapi sangat sukar untuk dilalui.
Boleh dikatakan semua orang pernah melakukan perkara kerana terpaksa.

Melakukan perkara secara terpaksa sangat menyakitkan hati kerana pada asalnya
kita sangat tidak ingin melakukan perkara tersebut.


Tetapi patutkan kita teruskan dengan perasaan terpaksa ini?
Seperti tidak menyukai apa yang ditetapkan Allah SWT?

Belajarlah REDHA.

"Cakap senang lah Haris! Kau ingat senang ke nak redha dengan semua perkara?"

Okay, okay. Memang susah nak redha dengan semua perkara. 
Lagi-lagi perkara yan kita terpaksa itu mampu "menghancurkan hati". 
Ingat Haris tak rasa? 

Tapi macam mana sakit pun untuk lalui perkara tersebut, 
hanya redha jawapan yang ada untuk melegakan hati yang "hancur" itu. 

Lapangkan dada kamu. Cubalah lupakan perkara tersebut.
Sibukkan dengan perkara-perkara lain. 

Ingatlah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Tidak ada satu perkara pun yang berlaku tanpa hikmah.
Carilah hikmah yang tersembunyi itu.

Tukarkan terpaksa kepada redha.

Sabarlah wahai hati. Terus ukirkan senyuman! :)

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” 
[Al-Baqarah:153]



Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

1 comment

Redha, susah sbenarnya nak-nak nak redha seikhlasnya tapi kita kena cuba jugak!
InsyaAllah ada bahagia.


menjaga ikhtilat itu memang tak semudah yang kita sangka

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati hati di jalanMU

http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.com/2014/02/hatihambaallahini.html

Post a Comment