10 June 2013

Ujian Dan Cinta


Assalamualaikum.

Mesti korang pernah dengar dua perkataan ni;



Apa kaitan ujian dan cinta? Dua perkara ni sering berkaitan. Tapi untuk entri kali ni, Haris nak sentuh tentang ujian. InsyaAllah entri seterusnya, Haris akan sentuh tentang cinta

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Apa itu ujian?

Ujian merupakan sesuatu perkara yang menimpa diri kita. Ramai yang hanya merasakan ujian hanya datang melalui musibah. Sebenarnya, ujian datang dari pelbagai bentuk seperti melalui apa yang kita cinta dan kesenangan di dunia. 

Bagaimana menghadapi ujian?

Haris tak mampu untuk mengajar korang cara untuk menghadapi ujian sebab Haris tahu, sangat mudah untuk kita menyuruh orang bersabar menghadapi ujian, tetapi sangat susah untuk kita hadapinya sendiri.

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Apa yang kita perlu ingat, Allah berikan ujian kepada kita kerana Dia sayangkan kita. Berbaliklah kepada Allah. Setiap perkara yang datang bersebab. Hadapinya dengan iman. Bukan perasaan benci kepada ujian

Sungguh, bila kita tahun bahawa ujian ini datang bersebab, InsyaAllah, kita dapat hadapi dengan tenang.

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” 
[94:6]
 Jom sama-sama kita hadapai ujian ini dengan penuh rasa ikhlas dan redha. :)
 
hanya kerana Allah, saya sayang dan cinta. :)





Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.