18 June 2013

Dalam Hati


Assalamualaikum.

Dalam hati.

Entri kali ini bukan untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati Haris sekarang tetapi hanya ingin bercerita apa yang ada di dalam hati. 

Apa yang ada di dalam hati?

Darah!

Ya, darah. Itu apa yang kita boleh lihat dengan mata. *Selepas dibedah*.

Tapi mampukan kita melihat apa yang ada di dalam hati tetapi tidak mampu dizahirkan melalui apa-apa perbuatan? Kita boleh senyum, ketawa, menangis, marah. Tetapi apa yang sebetulnya ada di dalam hati?

Adakah senyum bermaksud kita gembira dan menangis bermaksud kita bersedih?

Tidak. Perkara yang sebenar sedang berlaku hanya tersimpan kemas di dalam hati. Tersimpan berjuta rasa yang tak mampu dizahirkan. Seluas sahara yang terbentang. 

Tidak ada seorang pun yang mampu merasai apa yang kita rasai di dalam hati kecuali Allah SWT yang memegang hati-hati ini. Hanya Allah SWT yang memahami apa yang ada di dalam hati. 

...sungguh, Allah Maha Mengetahui segala isi hati.
(Al-Maidah:7) 


Kita tidak akan mampu menjaga hati ini dengan baik sekiranya tidak dilapiskan dengan iman yang tebal yang mampu menapis perkara-perkara yang tidak sepatutnya diterima oleh hati yang lembut bagaikan kapas ini.

Sungguh, hati ini sangat lemah sekiranya tidak dilapiskan dengan iman. Hati tidak mampu menampung segala pahit getir yang telah disimpan. Tetapi sekiranya sudah dilapiskan dengan iman, InsyaAllah hati akan menjadi lebih kuat.

Kuat untuk terus hidup untuk-Nya yang telah memberi hati ini. 

Senyumlah wahai hati.


Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

2 comments

7:33:00 PM

senyumlah wahai hati,
dan sabarlah wahai hati :)

9:35:00 AM

senyum itu sedekah...

Post a Comment