Assalamualaikum.
Sebelum ni Haris ada buat satu entri tentang Ujian. Korang boleh klik SINI untuk baca entri tersebut.
Entri kali ni merupakan sambungan untuk entri haritu *mungkin kot*.
Cinta merupakan amanah dari Allah SWT. Satu perasaan manusia yang sangat mulia kerana dengan adanya cinta kita akan berkasih-sayang sesama Muslim, keluarga dan yang paling utama berkasih sayang dan bercinta dengan Pencipta cinta iaitu Allah SWT.
Cinta merupakan satu ujian juga. Ujian untuk orang yang masih dahagakan cinta dunia sehingga melupakan cinta utama.
Haris tak nak menaip panjang dalam entri kali ni sebab Haris bukanlah seorang pakar cinta, doktor cinta, ustaz cinta, dan bukanlah seorang yang mahir tentang cinta. *err, macam sama jer* Haris hanya seorang pemegang amanah. Amanah yang datangnya dari Allah SWT.
Ya, bukan Haris seorang pemegang amanah ini. Kita semua pemegang amanah ini. Tapi adakah kita anggap cinta ini amanah dari Allah SWT? Atau hanya nafsu yang membuak-buak?
Nauzubillahiminzalik.
Berfikirlah mengikut iman dan akal. Jadikan perasaan cinta kita satu perasaan yang mulia, bukan satu perasaan yang semakin dibenci oleh masyarakat sekarang. Cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah cinta yang paling mulia. Jangan pernah kita lupakan itu.
Cintailah juga sedara sesama Islam kita dengan hanya mengikut aliran Islam yang suci supaya agama Islam kita yang indah ini dapat dilihat sebagai agama cinta. Cinta yang mulia, bukan cinta murahan.
Dua kalimah syahadah adalah bukti bahawa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasulullah itu jalan.
Sama-sama lah kita menjaga amanah ini dengan penuh bertanggungjawab. Semoga cinta bersemai hingga ke syurga-Nya.
2 comments
nice entri ;)
@Addin terima kasih :)