24 November 2012

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur


Assalamu'alaikum.

Wahhhhhhhhh! Lama betul Haris tak update blog ni~ Harini tetiba rasa nak update pulak..

Ada yang rindu tak? *cakap sorang2*
Haris tak update blog bukan sebab malas, tapi sibuk dengan PMR!
Sekarang PMR pun dah selesai~ Alhamdulillah.. Menunggu SPM pula..

Berbalik pada tajuk, boleh dikatakan semua orang nak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kan? Nahh! baca hadis ni dulu:



Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).”

 
(Bukhari)


Huraian hadis:

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. 

Manusia tidak boleh hidup  tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu untuk hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Jadi, pastikan korang menjaga hubungan antara kawan, jiran, keluarga dan siapa saja lah! 




Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

4 comments

6:41:00 PM

walaalaikummussalam..lama tol kan..

11:34:00 PM

laa.. PMR ke?
engtkn student IPT like me ~

4:03:00 PM

@hawiz
yup.. hehe :D

4:04:00 PM

@anis marissa yer~ tahun depan form 4..keh3

Post a Comment