10 April 2011

Petua Tangani Bosan


Assalamu'alaikum. Hari nie Haris nak jadi pakar motivasi jap. Hehe. Korang penah rasa bosan tak? Tipu lah kalau tak penah. Nak tau cara mengelakkan diri dari bosan?Jom baca entri ni.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika korang tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang korang rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh korang lakukan.
2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila korang menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, korang boleh bentuk diri korang menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika korang seorang suami, nanti isteri korang saman korang sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika korang seorang isteri, nanti suami korang makan maggi setiap hari.ha3.
3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan korang akan perasan korang dapat mengelak rasa bosan sebab korang sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita korang.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti korang terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan korang rasa tak mahu berhenti.

Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

3 comments

2:38:00 PM

oh... nakikut la petua nie..kot2 menjadi ke kan..!!

3:04:00 PM

pergh...best3...

jom baca
Usop Wilcha Semakin Mengganas

Anonymous
8:13:00 PM

petua yang berguna ni.

Post a Comment